Monday, May 17, 2010

BORANG PERMOHONAN WANG BANTUAN PELAJARAN-SPM


Anggota koperasi kini boleh memuat turun borang permohonan wang bantuan pelajaran untuk anak anggota yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Anggota perlu mengisi borang dengan lengkap dan kepilkan bersama salinan kad pengenalan/ sijil kelahiran yang telah disahkan dan salinan slip spm yang disahkan dan poskan ke pejabat KGMPPb.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN



Para anggota koperasi kini boleh memuat turun borang permohonan pinjaman dan mengisinya dan boleh poskan ke pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad di alamat :

14 Jalan Barrack, 10450 Pulau Pinang.





Friday, May 14, 2010

PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

Borang permohonan menjadi anggota boleh diambil di pejabat berdaftar KGMPP Berhad dan fi masuk sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan. Potongan gaji akan dilakukan setelah permohonan diluluskan oleh Angoota Lembaga dan akan dimaklumkan kepada anggota terlebih dahulu.

KOPERASI GURU MELAYU PULAU PINANG BERHAD


Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad (KGMPP Berhad ) merupakan sebuah pertubuhan bersama milik orang Islam sepenuhnya yang berkhidmat untuk Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

KGMPP Berhad menawarkan produk perkhidmatan berupa pinjaman di samping menggalakkan kimat cermat dalam kalangan anggotanya menerusi pelaburan Modal Syer, Modal Yuran dan Simpanan Khas. Kebajikan anggota turut diberi keutamaan oleh KGMPP Berhad melalui beberapa Skim dan Kumpulan Wang yang diwujudkan.

Tuesday, April 20, 2010

Selamat Datang Ke Blog KGMPPB

Selamat melayari laman interaksi Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad. Pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad terletak di Jalan Barrack@ Berek dan berdekatan dengan Hospital Pulau Pinang dan Penjara Pulau Pinang.

Teras utama perjalanan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad adalah memberi pinjaman kepada guru - guru dan kakitangan Kementerian Pelajaran yang berbangsa melayu sahaja. Selain itu, Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad turut menjalankan perniagaan menternak ikan keli dan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ikan keli segar boleh berurusan di pejabat Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad.

Sebarang pertanyaan atau komen berkenaan blog ini dan Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang Berhad, bolehla meninggalkan "comment" anda. Segala pandangan anda amatlah dihargai.
* Bersama - sama mengorak langkah untuk KGMPPB *